Saturday, December 6, 2014

AJAR ANAK MENULIS NAMA SENDIRI





Apa yang saya lakukan untuk mengajar anak saya mengenal namanya:
1. KAD NAMA
Tulis nama anak di atas kad dan tampal di beberapa tempat di biliknya/sekeliling rumah. Pastikan anda menggunakan huruf besar di permulaan namanya sahaja; sebagai contoh 'Sofia'. Saya menggunakan marker merah untuk menulis nama di atas kadbod putih. Beritahu anak anda, "Ini nama Sofia." Gerakkan jari dari kiri ke kanan pada kad nama sambil menggalakkan anak anda menyebut namanya. Do it as many times as you can everyday. Anda boleh melakukan aktiviti ini seawal anak berumur 18bulan.

2. BENDERA NAMA
Buat bendera nama untuk anak anda. Saya tulis nama anak di atas kertas segitiga dan lekatkan pada straw besar(yang kita guna untuk minum ABC). Setiap hari galakkan anak anda untuk memilih tempat untuk diletakkan bendera namanya. It could be in your beautiful crystal vase or just a plastic mineral bottle. Then give her a big hug!

Guru tadika pun boleh buat bendera nama untuk semua pelajar dalam kelasnya. Letakkan dalam pasu plastik dan jadikan rutin pagi anak tadika mengambil bendera namanya sambil berkata "Nama saya .... atau My name is....". Don't forget to praise each child. Aktiviti ini sesuai untuk anak 3 tahun ke atas.

3. MENEKAP NAMA
Saya akan laminate atau balut kad nama anak saya dengan clear plastic untuk dia melakukan aktiviti menekap. Berikan anak anda erasable marker pen & galakkan dia menekap namanya pada kad tadi. Galakkan anak anda membaca namanya. Aktiviti awal tulis ini sesuai untuk anak 3 tahun ke atas.

4. MENYALIN NAMA
Apabila anak saya menjangkau 5 tahun saya galakkan anak saya menyalin(copy) namanya. Saya akan tulis nama anak di atas kertas kosong. Seterusnya saya beri peluang anak saya menyalin namanya dengan krayon secara bebas(freehand, no lines whatsoever). Lekatkan hasil tulisan anak anda di dinding atas pintu peti ais.

5. MENULIS NAMA
Apabila menjangkau 6 tahun, beri peluang anak anda menulis namanya sendiri. Gunakan pelbagai alat tulis seperti krayon, berus, pensel & kapur untuk menjadikan aktiviti menulis lebih menarik. Anda juga boleh berikan anak anda kertas pelbagai warna untuk ditulis. Anak saya suka menulis di atas kertas hitam(sugar paper) menggunakan kapur yang dicelup dalam air. Menulis nama dengan jari yang dicelup dengan cat air juga cukup menarik. Lagi messy lagi best!

Sekiranya anda memberi peluang menulis nama dari awal, saya yakin anak anda dapat menulis nama sendiri sebelum melangkah ke Tahun 1. Yang mungkin problem sikit apabila ibubapa berikan nama yang terlalu panjang kepada anak.... sebagai contoh 'Tengku Puteri Aisyatun Muneerah'(nama rekaan semata-mata). So fikir-fikirlah bila nak menamakan anak.


SUMBER : ELIANI NIK NAWI

ANAK PANDAI MENULIS?

Menulis bagi kanak-kanak bukan mudah. Ia bukan sekadar mengerak-gerakkan jari. Ibubapa jangan expect anak terus aje pandai menulis by the time they are 6 years of age. Untuk kanak-kanak 4,5,6 tahun memegang pensil dengan betul(tripod grasp),  jari jemari mereka sepatutnya dirangsang jauh lebih awal.


Daripada umur 0 - 3 tahun, beri peluang anak melakukan aktiviti memegang, meramas, meronyok, mengoyak pelbagai bahan(kertas, plastik, squeeze toys). Aktiviti sebegini merangsang perkembangan motor halus kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak diberi peluang menggunakan jari jemari mereka, nanti lebih senang kita ajar mereka memegang pensil atau krayon dengan betul.
Cadangan untuk kanak-kanak 2-3 tahun di rumah atau di taska.
1. Aktiviti memegang(grasping/holding) - alat mainan masak-masak(sudip, senduk, sudu, garfu), guli, pom-pom kecil, bola ping-pong, bola tenis, bola getah(pelbagai saiz, paling besar saiz bola tenis. Beri peluang kanak-kanak kutip guli dan/atau pom-pom dan masukkan ke dalam botol atau bekas telur. Perbanyakkan aktiviti memegang yang memberi peluang kanak-kanak memggunakan 3 jari( ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).
2. Aktiviti meramas(squeezing) -ramas dan uli playdoh, ramas pasir, ramas perca kain, ramas mainan picit(squeeze toys)
3. Aktiviti meronyok(scrunching) - pelbagai jenis kertas( not newspaper please)
4. Aktiviti mengoyak - beri kanak-kanak jaluran kertas(paper stripes) selebar 2cm. Galakkan mereka mengoyak kertas tadi menjadi cebisan kecil.
Pastikan kanak-kanak melakukan semua aktiviti di bawah pengawasan orang dewasa ya.
Apa yang best aktiviti-aktiviti di atas bukan saja merangsang kemahiran jari jemari kanak-kanak tetapi juga koordinasi mata dan tangan mereka . This skill is every important in reading and writing.
 
SUMBER : ELIANI NIK NAWI
Menulis bagi kanak-kanak bukan mudah. Ia bukan sekadar mengerak-gerakkan jari. Ibubapa jangan expect anak terus aje pandai menulis by the time they are 6 years of age. Untuk kanak-kanak 4,5,6 tahun memegang pensil dengan betul(tripod grasp), jari jemari mereka sepatutnya dirangsang jauh lebih awal. Daripada umur 0 - 3 tahun, beri peluang anak melakukan aktiviti memegang, meramas, meronyok, mengoyak pelbagai bahan(kertas, plastik, squeeze toys). Aktiviti sebegini merangsang perkembangan motor halus kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak diberi peluang menggunakan jari jemari mereka, nanti lebih senang kita ajar mereka memegang pensil atau krayon dengan betul. Cadangan untuk kanak-kanak 2-3 tahun di rumah atau di taska. 1. Aktiviti memegang(grasping/holding) - alat mainan masak-masak(sudip, senduk, sudu, garfu), guli, pom-pom kecil, bola ping-pong, bola tenis, bola getah(pelbagai saiz, paling besar saiz bola tenis. Beri peluang kanak-kanak kutip guli dan/atau pom-pom dan masukkan ke dalam botol atau bekas telur. Perbanyakkan aktiviti memegang yang memberi peluang kanak-kanak memggunakan 3 jari( ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah). 2. Aktiviti meramas(squeezing) -ramas dan uli playdoh, ramas pasir, ramas perca kain, ramas mainan picit(squeeze toys) 3. Aktiviti meronyok(scrunching) - pelbagai jenis kertas( not newspaper please) 4. Aktiviti mengoyak - beri kanak-kanak jaluran kertas(paper stripes) selebar 2cm. Galakkan mereka mengoyak kertas tadi menjadi cebisan kecil. Pastikan kanak-kanak melakukan semua aktiviti di bawah pengawasan orang dewasa ya. Apa yang best aktiviti-aktiviti di atas bukan saja merangsang kemahiran jari jemari kanak-kanak tetapi juga koordinasi mata dan tangan mereka . This skill is every important in reading and writing.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

KOMPONEN MENGAJAR MEMBACA

Komponen Mengajar Membaca

5 perkara penting mengajar membaca:
1. Kesedaran fonemik(phonemic awareness)
2. Foniks
3. Kosa kata(vocabulary)
4. Kelancaran(fluency)
5. Kefahaman(reading comprehension)
 
 

KESEDARAN FONEMIK
Kesedaran fonemik merupakan kemahiran auditory(mendengar). Ia berkaitan dengan bunyi sahaja dan tidak melibatkan huruf cetak. Aktiviti berkaitan kesedaran fonemik boleh dilakukan dengan mata pejam.
Kesedaran fonemik melibatkan:
- kebolehan menggabung bunyi-bunyi kecil menjadi perkataan secara lisan.
  Guru/ibubapa menyebut bunyi-bunyi /i/ - /b/ - /u/. Kanak-kanak menggabung bunyi-bunyi tersebut menjadi /ibu/.
- kebolehan mengasingkan bunyi-bunyi dalam perkataan yang diucapkan.
  Guru/ibubapa menyebut perkataan /ani/. Kanak-kanak dapat mengasingkan bunyi- bunyi dalam /ani/ dengan menyebut bunyi-bunyi /a/ - /n/ - /i/.
FONIKS
Hubung kait bunyi-bunyi kecil di dalam bahasa pertuturan(speech sounds) dengan simbol/huruf. 
Kanak-kanak diajar bunyi /a/ diwakili oleh simbol/huruf 'a', bunyi /m/ diwakili oleh simbol/huruf 'm', bunyi /ng/ diwakili oleh simbol/huruf 'ng' dan lain-lain lagi.
Aktiviti Foniks boleh dilakukan dengan anak seawal umur anak 6 bulan menggunakan kad imbas besar.
Setelah anak menjangkau 1 tahun kanak-kanak diajar lagu fonik, aktiviti asosoasi, awal tulisan(finger painting, menekap) untuk membantu anak mengaitkan bunyi dengan huruf.

KOSA KATA
Kanak-kanak didedahkan dengan persekitaran yang kaya dengan bahasa melalui pelbagai interaksi harian, bercakap, menyanyi, bercerita, menamakan benda-benda di sekeliling dan membaca buku cerita(read aloud).
Aktiviti untuk mendapat suasana kaya bahasa boleh bermula semasa bayi dalam perut lagi.

KELANCARAN 
Guru/ibubapa memodelkan pembacaan lancar.
Kanak-kanak berlatih membaca lancar bersama guru/ibubapa dan/atau kawan.
 
 

KEFAHAMAN
Memahami apa yang dibaca. Kanak- kanak yang faham akan dapat mencerita semula apa yang dibaca dan menjawab soalan-soalan kefahaman dengan betul .
 
SUMBER : ELIANI NIK NAWI

Wednesday, August 13, 2014

KEM SINAR LINUS DAERAH JASIN 2014

Dua orang murid Tahun 1 Al Farabi telah menyertai kem ini yang berlangsung selama 2 hari di Kem MSN Saujana Asahan Melaka pada 8 dan 9 Ogos 2014. 

 Dua orang murid tersebut ialah Mohd Daniel bin Mohd Isa dan Sriveer A/L Chandran.
 Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti uian pra, merentas hutan,latihan dalam kumpulan,ujian post dan senamrobik.

Para peserta dibimbing oleh Fasilinus Jasin dan dibantu oleh guru-guru pengiring.

Semoga murid Linus ini dapat meningkatkan kemahiran penguasaan konstruk mereka pada saringan 2 nanti.
Terima kasih kepada Fasilinus yang terlibat .


Wednesday, March 26, 2014

SARINGAN 1 / 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, di sini dinyatakan tarikh saringan 1 bagi Tahun 2014.

MEMBACA/ LISAN

9 MAC - 18 APRIL 2014

BERTULIS 

20 APRIL - 30 APRIL 2014

PENGISIAN DATA

5 MEI - 16 MEI 2014





Konsep Modul Literasi Program LINUS

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, semoga segalam aklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada semua.
 
Terdapat 5 konsep dalam modul pengajaran leterasi.
     1. Konsep unsur maju.
     2. Konsep penggabungjalinan.
     3. konsep pengulangan.
     4. Konsep didik hibur
     5. Konsep literasi bersepadu.

* Boleh layari juga facebook SK Chenderah.terima kasih.

Strategi Untuk Mencapai Sasaran Program LINUS.


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera,

Bagi mencapai sasaran ini,kami telah membangunkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperolehi kemahiran asas literasi dan numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagi meningkatkan tahap literasi dan numerasi murid  dan dihuraikan seperti di bawah:

* Proses Saringan: Saringan dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac,dan September bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan. Murid tersebut akan mengikuti Program LINUS atau Program Pendidikan Khas.

* Modul pengajaran dan pembelajaran: Modul ini berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara bersepadu,ansur maju,didik hibur,penggabungjalinan dan pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan.

* Pengukuhan Amalan Pedagogi  : Menyedari kekurangan guru pakar dalam bidang pengajaran asas literasi dan numerasi latihan guru secara intensif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan dan pedagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

* Membina komitmen bagi semua pihak berkepentingan : Program dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan diperingkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Guru Besar, ibu bapa, Persatuan Guru dan orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan program LINUS.

* Memantau dan menyelia : Pemantauan dan penyeliaan secara intensif akan membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerad dan sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan seterusnya melakukan proses penambahbaikan.

* FasiLINUS di peringkat Daerah : Merupakan Pegawai FasiLINUS yabg diberi tanggungjawab untuk membantu guru literasidan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu sekolah membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk menangani isu khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan sebagai pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah dibawah seliaannya.

Friday, January 31, 2014

Majlis penutup minggu transisi dan guru penyayang 2014

Salam sejahtera kepada semua. Kehadiran murid-murid Tahun 1 disambut dengan baik oleh semua warga sekolah.
Murid-murid Tahun 1 telah menjalani program transisi danmguru penyayang selama 2 minggu mulai 4 Januari hingga 18 Januari 2014. Pelbagai aktivii telah dijalankan seperti pertandingan mewarna,sukaneka,pandai jawi,jom kira dan sebagainya.

Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran formal bagi murid-murid tahun 1 yang baru sahaja menamatkan zaman prasekolah mereka. Kepelbagaian latarbelakang yang berbeza juga adalah salah satu faktor minggu transisi ini dijalankan.murid-murid akan dapat bergaul dan belajar bersma dengan rasa seronok dan gembira

Majlis penutup telah dirasmikan oleh  guru besar dengan penyampaian hadiah kepada semua murid tahun 1.

Syabas kepada semua yang terlibat

Tuesday, January 21, 2014

SELAMAT DATANG 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga sekolah tak kira di mana sahaja.

Pada tahun ini SK Chenderah menerima serami 19 orang anak-anak Tahun 1.11 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan. Mereka telah menjalani minggu transisi selama dua minggu. Semoga mereka menjadi murid yang cemerlang.

SELAMAT MAJU JAYA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...