Wednesday, August 14, 2013

KEMAHIRAN MENGEJA

Pengenalan
Ejaan adalah proses memilih serta mengadun lambang-lambang untuk melahirkan bunyi-bunyi perkataan secara lisan atau bertulis.Kemahiran mengeja perlu dipelajari. Kanak-kanak perlu diajar mengeja. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran ini boleh diperolehi melelui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan.



Punca kanak-kanak lemah dalam ejaan
Faktor-faktor yang biasa menyebabkan kanak-kanak lemah dalam ejaaan ialah :

i. Lemah dari segi ingatan penglihatan (Visual Memory)
ii. Lemah dari segi analisis pendengaran (Auditory Analisis)

Terdapat kanak-kanak yang lemah dari segi satu aspek sahaja dan ada juga kanak-kanak yang lemah dari segi kedua-dua aspek.

Lemah mengeja dari segi ingatan penglihatan
i. Mempunyai idea yang kurang jelas mengenai lambang-lambang yang mewakili bunyi-bunyi tertentu.
ii. Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar perkataan itu.
iii. Pembalikan huruf: (b – d), (n –u) , (m – w) dsbnya.
iv. Memilih huruf-huruf yang terlibat dengan betul tetapi salah dari segi susunan. Ct: rumah jadi ramuh , padat jadi dapat dsbnya.
v. Mencampuradukkan huruf besar dengan huruf kecil. Ct. Saya jadi sAyA
vi. Meninggalkan huruf-huruf tertentu di dalam perkataan. Ct. Tinggal jadi tingal, berenang jadi bernang dsbnya.

Lemah mengeja dari segi analisis pendengaran
i. Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.
ii. Tidak boleh mengecam (mendengar) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan itu.
iii. Memilih lambang-lambang secara arbitrari dan rawak.
iv. Besar kemungkinan lemah di dalam bacaan.

Kaedah / teknik / pendekatan pemulihan ejaan

a. STRATEGI ‘A’ (Mike Torbe – 1979)
i. `Tuliskan perkataan itu di papan tulis atau kad dengan terang.
ii. Sebutkan perkataan itu dengan jelas.
iii. Murid ikut guru menyebut perkataan.
iv. Beri masa untuk murid memerhati perkataan itu.
v. Minta murid menuliskan perkataan itu dari ingatan.
vi. Murid menutup perkataan yang tertulis dan eja. Jika betul, minta ia menuliskannya sekali lagi, jika salah, ulang langkah 2 – 6.
vii. Pastikan kanak-kanak menggunakan perkataan itu dalam kerja bertulis.

b. Pemulihan Cara Multi-Sensori (Fitzgerald – 1955)

i. Murid diminta melihat dan menyebut perkataan itu dengan betul serta menggunakannya di dalam ayat.
ii. Murid diminta membayangkan perkataan itu dan menyebut suku kata yang terlibat satu per satu. Kemudian murid diminta mengeja perkataan itu secara lisan, diikuti dengan menyalin di udara atau di atas perkataan itu sendiri.
iii. Minta murid melihat semula perkataan itu dan kemudian lelapkan mata dan perhatikan gambaran perkataan itu dalam ingatan. Minta murid mengeja perkataan itu sekali lagi. Jika berlaku kesalahan, ulang proses di atas.
iv. Minta murid menulis perkataan itu tanpa melihat kad contoh. Jika betul, tulis perkataan itu berulang kali.

Aktiviti-aktiviti ke arah kemahiran mengeja

i. Membina perkataan berirama sama di pangkal, di tengah atau di hujung.
Contoh: labu, laku, lalu, lagi
keladi, selalu, lelaki, belalang
kala, bala, sila, pahala, menjala

ii. Mendiskriminasikan perkataan. Cth: lelaki, kelapa, selipar, selalu, keladi

iii. Melengkap atau mengimbuh perkataan
Contoh: makan menjadi dimakan, memakan, makanan, dimakannya, makanlah dll

iv. Mencari perkataan di dalam perkataan
Contoh: di perkarangan : perkara, karang, karangan, ara, arang, rang

v. Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan
Contoh: sapu menjadi usap, suap, paus, puas

vi. Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau kumpulan

vii. Mencari perkataan berlawan, berganda, dan jantina.

viii. Permainan teka-teki

ix. Permainan teka silang kata

x. Aktiviti kamus, iaitu; mencari perkataan, memberikan perkataan seerti dan memberi erti perkataan atau sebaliknya.

Tuesday, August 13, 2013

EMOSI KANAK - KANAK




Emosi diskrit merupakan emosi asas yang dapat dikesan melalui air muka- seperti suka,terkejut,takut,
marah,sedih atau duka dan minat yang dipercayai timbul pada peringkat awal masa bayi. Pada usia bayi berumur kurang dari tiga bulan,bayi sudah pandai senyum kepada penjaganya.Kegembiraan terukir pada awalnya dengan senyuman dan kemudian ketawa dengan girang.Bayi tersenyum dan ketawa apabila mereka dapat menguasai kemahiran baru dan sebagainya.

Emosi juga mempengaruhi kesihatan fizikal kanak-kanak.Apabila kanak-kanak mengalami tekanan psikologikal,mereka akan mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada bayi hingga dewasa.Seterusnya Stress boleh perlahankan aktiviti penghadaman dan kanak-kanak akan berisiko untuk sembelit,cirit-birit dan ulser(Donatelle&Davis,2000;Friedman,2002)

Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih-sayang akan kurang juga rasa kasih-sayangnya pada orang lain apabila dewasa

Kanak-kanak yang tidak mendapat makanan yang seimbang mudah terarah kepada penyakit

Kanak-kanak mempunyai perasaan malu sekiranya ditegur oleh ibu atau penjaganya.Semua ini dikenali sebagai emosi perasaan malu(self-conscious) dan dalam jangka panjang boleh memudaratkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut.(Saarni & Mumme ,&Campos ,1998).Mula dapat dilihat pada 18-24 bulan cth:menyorokkan muka gunakan tangan
(Barrett,1998;Lewis et al.,1989).

Thursday, August 1, 2013

UNSUR DIDIK HIBUR

Istilah didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan KSSR pada tahun 2010. Ia merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti didik hibur boleh dilaksanakan semasa melaksanakan set induksi atau semasa penutup sesi P&P.
Definisi
 
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.


Pengenalan
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.


Bercerita - contoh didik hibur
Latar Belakang Didik Hibur

Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.

Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
Ciri-Ciri Didik Hibur
 
 
Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:

(i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

(ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.

(iii) Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

(iv) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(v) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.

(vi) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

(vii) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

(viii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

(ix) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.

(x) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur : Guru

Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:

( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid

( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

(iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

(iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

(v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.

(vi) Guru boleh membuat pelbagai suara.

(vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

(viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

(ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak

(x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel

 
Aktiviti Didik Hibur
 
 
 
 
Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
( i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

( ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.

( iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.

( iv ) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan.

( v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.

( vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.

( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

Penutup
 
 
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran



Artikel ini saya salin daripada portal KSSR yang ditulis oleh Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...