Friday, October 18, 2013

PROGRAM PERMATA LINUS 2013


MATLAMAT
 SK CHENDERAH SIFAR LINUS MENJELANG 2014
OBJEKTIF
1.       MEWUJUDKAN RASA TANGGUNG JAWAB  WARGA PENGAWAS PSS BAGI MEMBANTU ADIK-ADIK YANG KURANG MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA. 

2.       MENANAMKAN SIKAP KASIH SAYANG DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH DAN SALING BANTU-MEMBANTU DALAM APA JUA BIDANG

3.       MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID-MURID LINUS TERUTAMANYA MURID-MURID TAHUN 1 (2013).

 SASARAN

3 ORANG MURID TAHUN 1  ( LITERASI)

1 ORANG MURID TAHUN 3  (LITERASI)

 

PELAKSANAAN
 

HARI  SELASA,RABU, DAN KHAMIS

JAM   7.10  – 7.30 pagi

 

TEMPAT

KANTIN

 

SUMBER
 

              KOLEKSI BAHAN BACAAN PROGRAM LINUS SK CHENDERAH

 
 AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM


PENGERUSI

PUAN HJH. ASNAH  BINTI MANAB
(GURU BESAR)
 

NAIB PENGERUSI
PUAN ZURAIDAH BINTI AHMAD
(GPK 1) 

PENYELARAS
PN. PATIMAHTUN ZAHARAH ABD. JALIL

 

GURU  PEMBIMBING PENGAWAS  PSS

HJ. NOOR AZAN BIN KHALID (KETUA PANITIA B.MELAYU)

EN. MUHD AZLE BIN HASHIM ( GURU PEMULIHAN)

PN. NORRITA HAMZAH ( GURU NILAM)

PN. HEFIENAZ MOHD RADZI ( GURU BIMBINGAN & KAUNSELING)

 

PENGAWAS PSS YANG TERLIBAT

MALANI
NUR SHAFIRA
IRFAN HAZIQ
                               KHAIRUL AZRI AFIQ                          
                                  M. FAUZAN                                        

 
SENARAI NAMA MURID LINUS

TAHUN 1

1.       MUHAMMAD HAZIQ IRFAN

2.       NUR ALEEYA BALQIS

3.       NUR HIDAYAH

 

 TAHUN 2

 

1.       DANISH SHAH

 

TAHUN 3

 

1.       DARWISH SHAH

 

Tuesday, October 15, 2013

UNSUR DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


Istilah didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan KSSR pada tahun 2010. Ia merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti didik hibur boleh dilaksanakan semasa melaksanakan set induksi atau semasa penutup sesi P&P.
Definisi
 
 

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.


Pengenalan

Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.


Bercerita - contoh didik hibur
Latar Belakang Didik Hibur

Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.

Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
Ciri-Ciri Didik Hibur

Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:
(i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
(ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.
(iii) Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
(iv) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
(v) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.
(vi) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
(vii) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.
(viii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
(ix) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.
(x) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur : Guru
Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:
( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid
( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
(iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
(iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
(v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.
(vi) Guru boleh membuat pelbagai suara.
(vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
(viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
(ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak
(x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...