Saturday, September 28, 2013

TAKLIMAT PELAKSANAAN SARINGAN 2

TARIKH     : 24 SEPT. 2013 (SELASA)
MASA         : 2.30 PETANG
TEMPAT    : DEWAN SEMINAR PPD JASIN

AGENDA :

1. PELAKSANAAN SARINGAN
2. PERANAN PENYELARAS
3. PERANAN GURU MATA PELAJARAN
4. ANALISIS SARINGAN 1
5. KEDUDUKAN PPD JASIN (KEBANGSAAN & NEGERI)
6. FAKTOR MEMPENGARUHI KEPUTUSAN SARINGAN 1
7. PENTADBIRAN SARINGAN 2
8. KAEDAH PELAKSANAAN UJIAN NUMERASI
9. MENGAMBIL MANUAL DAN INSTRUMEN SARINGAN 2
 
 





En. Abdul Kadir Othman memberi taklimat kpd guru-guru




 

Thursday, September 19, 2013

6 cara yang menyeronokkan bagi merangsang anak membaca dan menulis.

Assalamualaikum semua..kami Jawatankuasa Linus SK Chenderah ingin berkogsi ilmu kepada para pembaca blog ini. Semoga ianya bermanfaat..
 
Apabila anak sudah mula boleh membaca dan menulis, seakan-akan dunia terbuka luas di hadapan mereka. Saya teringat ketika anak sulong saya baru pandai membaca di sekitar usia 4 tahun, semua tulisan yang dijumpainya dibaca, papan tanda di sepanjang jalan, tajuk buku dan majalah, label pada tin dan bungkusan makanan dan kadang-kadang tulisan pada Tshirt yang dipakai oleh seseorang pun, dia baca dengan kuat.


Ramai pakar yang mahir dalam pendidikan mental kanak-kanak telah mengkaji cara yang paling berkesan untuk mengajar anak-anak membaca. Glenn Doman misalnya menulis sebuah buku yang berjodol "How To Teach Your Baby To Read". Sejujurnya saya tidak pernah mengikut langkah demi langkah apa yang disarankan oleh Glenn Doman di dalam bukunya itu tetapi saya telah mendedahkan anak-anak saya kepada buku di peringkat mereka masih bayi seperti membacakan cerita untuk mereka dan sebagainya. Ibu bapa tidak perlu rasa tertekan jika tidak termampu untuk mengikut cara yang disarankan oleh pakar kanak-kanak. Ada banyak cara atau aktiviti yang dapat membantu kita merangsang kebolehan anak-anak membaca. Kuncinya..buat dengan rasa seronok baik pada ibu bapa atau pun pada anak-anak. Untuk mengajar anak-anak mengenal perkataan, kita tidak perlu memaksa serta menimbulkan perasaan yang kurang senang kerana ini akan menimbulkan kesan yang negatif pula. Anak-anak yang diajar membaca dalam keadaan yang terpaksa dan kurang seronok juga akhirnya boleh membaca tetapi minatnya terhadap buku dan membaca akan terbantut. Yang perlu kita pupuk ke dalam diri anak-anak ialah minat membaca bukan pandai membaca. Anak yang tiada minat membaca, apabila dia telah pandai membaca, dia akan berhenti membaca. Kita mahukan anak-anak yang akan berterusan membaca.


Di antara aktiviti yang boleh dibuat dengan anak-anak untuk meransang mereka mengenal perkataan ialah…

1. membaca buku cerita bersama-sama mereka sambil bermain-main dengan kad-kad perkataan yangsaya buat sendiri. Perkataan yang ditulis di atas kad tersebut, saya ambil daripada buku yang mereka baca ketika itu. Buku yang saya gunakan ialah The Ladybird Key Words Reading Scheme. Banyak permainan yang boleh dicipta dengan kad-kad perkataan tersebut. Biasanya selepas membaca, saya akan meminta mereka menyusun kad-kad perkataan tersebut menjadi ayat yang lengkap.

2. Melukis bersama-sama mereka kemudian menulis beberapa ayat-ayat mudah yang menceritakan tentang gambar itu. Gambar berserta cerita tentangnya saya lekatkan pada petiais ataupun pinkan pada soft board. Setiap kali mereka terpandang gambar tersebut, mereka akan membaca ceritanya. Untuk menyeronokkan lagi, saya beri hak milik cipta dengan mencatatkan… 'Cerita ini ditulis oleh…" pada bahagian bawah kertas.

3. mengajak mereka supaya bersama-sama menulis dan menyenaraikan nama barang-barang keperluan dapur yang perlu dibeli dan meminta mereka menyerahkan senarai tersebut kepada ayah mereka.

4. meminta mereka menulis senarai barang permainan atau apa saja yang mereka inginkan sebagai hadiah harijadi dan meletakkan senarai tersebut di dalam sekeping sampul surat yang dialamatkan kepada saya dan suami. Surat berserta senarai tersebut biasanya mereka lekatkan pada petiais dengan menggunakan magnet.

5. Menggalakkan mereka menulis pesanan ringkas di atas nota kecil. Semua pesanan dan kepada siapa pesanan itu ditujukan dilekatkan pada petiais atau pada softboard. Pada peringkat permulaan, sudah tentu mereka memerlukan bantuan saya untuk mengeja perkataan dan sebagainya tapi mereka seronok melakukannya apabila mendapat respon yang positif daripada saya dan ayah mereka.

6. Menggalakkan mereka menulis buku catatan rahsia. Mereka bebas menulis apa saja di dalamnya dan hanya mereka saja yang boleh membacanya. Anak-anak suka kepada idea "rahsia" itu dan sudah tentu tidak menjadi rahsia lagi kepada ibu mereka apabila mereka datang bertanya bagaimana untuk mengeja sesuatu perkataan yang agak susah tetapi ia tetap menjadi rahsia kepada ahli keluarga yang lain.

Wednesday, September 11, 2013

UJIAN SARINGAN 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, bermula pada 1 Sept. hingga 27 Sept 2013 ,Ujian Saringan 2 LINUS ( Membaca (L) ,Lisan (N) bagi semua murid Tahun 1,2,3.

Ujian Saringan 2 bertulis pula bermula pada 29 Sept. hingga 1 Okt. 2013.

Jawatan kuasa Linus SK Chenderah mengucapkan selamat menjawab soalan dengan jayanya kepada semua  murid Tahun 1, 2 dan 3 SK Chenderah.




ujian bacaan sedang dijalankan ( Tahun 2)

0)
ujian bacaan sedang dijalankan ( Tahun 1)


 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...