Showing posts with label AM. Show all posts
Showing posts with label AM. Show all posts

Wednesday, March 26, 2014

Konsep Modul Literasi Program LINUS

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, semoga segalam aklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada semua.
 
Terdapat 5 konsep dalam modul pengajaran leterasi.
     1. Konsep unsur maju.
     2. Konsep penggabungjalinan.
     3. konsep pengulangan.
     4. Konsep didik hibur
     5. Konsep literasi bersepadu.

* Boleh layari juga facebook SK Chenderah.terima kasih.

Strategi Untuk Mencapai Sasaran Program LINUS.


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera,

Bagi mencapai sasaran ini,kami telah membangunkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperolehi kemahiran asas literasi dan numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagi meningkatkan tahap literasi dan numerasi murid  dan dihuraikan seperti di bawah:

* Proses Saringan: Saringan dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac,dan September bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan. Murid tersebut akan mengikuti Program LINUS atau Program Pendidikan Khas.

* Modul pengajaran dan pembelajaran: Modul ini berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara bersepadu,ansur maju,didik hibur,penggabungjalinan dan pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan.

* Pengukuhan Amalan Pedagogi  : Menyedari kekurangan guru pakar dalam bidang pengajaran asas literasi dan numerasi latihan guru secara intensif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan dan pedagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

* Membina komitmen bagi semua pihak berkepentingan : Program dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan diperingkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Guru Besar, ibu bapa, Persatuan Guru dan orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan program LINUS.

* Memantau dan menyelia : Pemantauan dan penyeliaan secara intensif akan membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerad dan sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan seterusnya melakukan proses penambahbaikan.

* FasiLINUS di peringkat Daerah : Merupakan Pegawai FasiLINUS yabg diberi tanggungjawab untuk membantu guru literasidan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu sekolah membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk menangani isu khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan sebagai pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah dibawah seliaannya.

Monday, December 2, 2013

Selamat bercuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..sekolah sudah mula bercuti.Diharapkan agr anak-anak didik semua tidak terus melupakan pelajaran.

Luangkan masa untuk membaca kerana dengan membacalah anda akan menambah ilmu pengetahuan.

Di samping itu juga, anak-anak didik juga perlulah menjaga kesihatan dan keselamatan diri terutamanya jika tempat tinggal anak-anak terlibat dengan banjir.

Sentiasa berada bersama dengan orang dewasa agar anda tidak terdedah dengan bahaya.

Selamat bercuti dan pastikan anak-anak didik sudah bersedia untuk memasuki sesi persekolahan untuk tahun 2014 dengan penuh bersemangat.

Selamat Maju Jaya!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...